•• Uhh ?

Seperti biasa, sahur ;) budak sangat bagus kau tahu. Lepas itu, tidur dan rutin tetap sama seperti di bawah (Thursday, 02 July 2009). Pergi ke sekolah dengan keazaman :) haha.
Lepas itu, ada bacaan Yasin. Aku pun baca laa dan terpaksa menjadi orang yang pertama beratur =___=' tak suka laa. Kemudian, naik ke kelas dan belajar Geografi. Tak mustahil Geografi akan jadi subjek kegemaran aku nanti (; heee.

Selepas itu, subjek Bahasa Melayu. Ahh, Maliana, aku kena kutip duit for those yang tak bawa buku. Tak angkat kerusi, 20 sen bak sini. Tak bawak buku, 20 sen bagi Afrina. And semuanya 20 sen! Bak kata Rahman, "cikgu nih asyik-asyik 20 sen je, macam Bujang Lapok!" haha. Ada lak dia terfikir macam tu :P

Rehat dan aku lepak di kantin. Kuat iman la katakan. Hahaha. Selepas itu, pergi ke dewan dan ditinggalkan bersendirian oleh Sofina. Datang la si Najwa, Mira and Yana. Lepas tu, aku blah kerana tak sanggup tengok adegan yang tak perlu aku tengok.

Lepas itu, naik ke kelas dan belajar Math. Aduh, boring sangat :( bila cikgu datang ke tempat Viknes yang duduk sebelah aku, aku lari belakang. Bila cikgu macam nak datang belakang, aku lari ke depan. Haha. Bila cikgu kat belakang. Aku duduk tempat aku.

Tiba-tiba..

Aku bangun dan kemudian, nampak pen aku warna biru yang sensitif gila nak mati tu, nak terjatuh. Punyalah aku kejar dan terus "arghhh..." aku slide dan terjatuh, pen pun jatuh dan kepala terhantuk kat bucu meja. Elok sangat lah weh. Hanya kerana sebatang pen. Kepala pun terhantuk =__=' haha.

Lepas itu, bangun dan mengerang sambil kesakitan. Yasnor kat sebelah dah gelak gila. Ngokngek tol. Aku sakit dia boleh gelak. Haha. Lepas itu, aku pun merayau-rayau sambil gelak-gelak tengok si Ajwad dah bersyair dan macam-macam ah kerana buku Math 1 dia hilang. Padan muka kau. Haha.

Lepas itu, subjek Agama Islam. Rahman, Zainuddin dengan Ajwad dah buat dia punya ragam macam entah apa-apa. Peperangan la, apa la, sumpah kelakar gilaaa! Heee. After salin semua nota yang terpampang tuh, pergi merayu kat ustazah nak keluar fotostat. Nasib baik bagi. Kalau tak, buat malu aku aja. Haha. Kedai buku fotostat rosak :( pergi la perpustakaan tapi ramai sgt. Loceng da bunyi, waktu Science pula. Takut Pn Fatimah marah. Haish. Lalu blah tanpa memotostat apa-apa pun =__=' haha.

Waktu Science buat eksperimen lagi. Bestt! Jakun lagi aku. Haha. Lepas itu, balik :) penatt wokk.

Balik rumah, abah marah-marah. Adik aku ar nih, periksa markah sangat teruk! Huh! Tak pasal-pasal aku pun kena sekali x(

Lepas itu, borak-borak dengan mak, dan tengok tv. Online dan update blog.

Now, nak tekan button publish post sebab nak keluar. Hee. Byebye <3>




0 comment(s):