•• Thursday, 02 July 2009

"Nak bangun ke tak eh? malas doe. Tapi kalau tak bangun, aku akan kelaparan. Alaa, bangun aja lah, tak lama pun sahur". Uhh, masih malas mahu bangun sahur. Dah lah nak kena menghadap makanan pepagi buta, tak da selera lah! Aku gagahkan la jugak, memandangkan mak aku sudah sanggup bangun tidur pukul 5am tuh. Haish. Bertuah aku ;) lepas makan, pandang mak and pergi tidur. Lega bhaa!

Bangun, mandi, gosok gigi, sembahyang, pakai baju, make-up, and seperti semalam. Tunggu dorang siap punya lembap macam siput gerak-gerak nak bayar tol. Haha. And,tak ada Sofina lah hari ini =___=' terpaksa lah jalan seorang-seorang sambil telinga terdengar seorang senior berkata "aku dah check dah kemasukan PLKN, kat kelas kita, 4 orang dapat, sapa tuh, blabla..." Bukan aku curi dengar, cuma kakak tuh terlalu ghairah menceritakan bibit-bibit kejadian tuh. Dengan kuat nya. Aku pun dengar sahajalah.

Cross the canteen. Hahaha. Canteen tak ada elektrik. Pakai lilin je yea makcik ? Haha. Kurang ajar pula aku kutuk-kutuk mak cik tu. Tak bersalah pun dia =___=' nampak budak-budak form 2 yang rapat dengan aku duduk dekat bawah dan aku tengok, ada yang gelak, ada yang muram, ada yang serius dan ada Sofina ! Hahaha. Lepas itu, panggil Sofina dan bercakap dengan dia. Nampak seped dan berkata, "ehh! bawak REMAJA ta?" Seped pun menjerit, "ahhh! tak =__='" haha, tak apalah seped. Lepas itu beratur, sangat bosan doe. Setiap hari ucapan yang sama :( kemudian, naik ke kelas, and Maliana suruh buat kerja, lalu aku pun buad dengan penuh bersunguh-sungguh. Tak tahu mengapa. Join Nada and the geng, sekejap je. Kerana aku taktahu nak cakap apa. Lepas itu, dengan lemah lembut dan sopan santun, berkata kepada Sofina, "nak pergi toilet tak?" sebenarnya, aku da bosaannn sangat semasa itu x( dan aku fikir Sofina tak nak, kerana dia sangat sombong! Tiba-tiba dia kata "Jom" ahh, terharu! Haha.

Bila sudah pergi ke toilet, naik ke kelas dan cakap sesuatu kepada Yasnor. Selepas itu, sambung buat kerja sekolah sambil berbual dengan Viknes. Mentang-mentang dah siap! Lepas itu dia nyanyi lagu India dia, siap suruh aku nyanyi untuk dia. Ngek tul member aku nih. Pinjam buku dia, dan copy :)

Subjek Pendidikan Seni, bosannn. Buat nota dan kemudian, borak jea lebih dengan Sofina. Lepas itu rehat. Nampak buak-budak kelas alip. But, where's him ? Rupanya, dia balik rumah sakit perut. Haha. Kesian laki aku nih, sebab jalankan tanggungjawab sebagai suami kat aku tu la, sampai sakit-sakit perut. Hahaha. Lucah gilaa. Tutup topik nih. Gurau aja oke.

Naik rehat, subjek 'Science', buat eksperimen. Aku suka buat eksperimen. Sebab aku rasa aku orang paling jakun & paling batak bila tengok kertas litmus biru tuka ke merah dan bunyi pop dihasilkan. Sumpah aku teruja! sebab aku tak pernah tengok hal-hal begini. Hahaha. Kelakar pula.

Subjek Geografi. Aku suka tengok Encik Sulaiman nih. Macam muka bapak-bapak. Penuh kasih sayang. Haha. Geli pulak aku. Dia sudah membebel pasal peratus, gred and baru belajar. Sambil menayangkan rotan yang setebal jari tengah aku. Ihh, macam tak ada jari lain! Haha.

Waktu Mathematics, and kita orang menikmatinya umpama menikmati bulan madu. Hahaha. Bajet aku pernah rasa jea apa itu bulan madu =__=' kita orang main pukul-pukul tangan. Imbang-imbang kunci. Gila kan? perangai macam adik aku yang masih tadika. Haha.

Lepas itu, loceng berbunyi, apa lagi, balik rumah la, tak sabar! Aku nak baring jea nih, penat sangat :(

Sesampai jea di rumah, lempar beg. Ceh, takde la, letak elok-elok. Selepas itu, duduk dekat depan, tengok tv sambil baca novel. Selepas itu, online dan update blog.

Kini, aku menekan button PUBLISH POST ;)





0 comment(s):