•• The First Day of July :D

Bangun pagi, sahur =___=' ngantok gila bhaaa. Puasa ganti laaa. Hahaha. Pastu, tidur balik,
Bangun balik pada pukul 6.15 am. Mandi, gosok gigi, sembahyang, pakai baju, make-up. Tunggu abah hantar. Sambil itu, tunggu juga adik-adik aku bersiap. Urgh, lembap! =___=' turun, pakai kasut, abah buka kereta, duduk, kat seat depan. Heee. Keluar pagar, abah hantar adik dulu. Kemudian, abah hantar aku pula. Lalu, jalan setapak, dua tapak, ehh, sofina! Tunggu dia sekejap, dia keluar dari kereta, kemudian, jalan bersama-sama :)

Dia pergi tulis nama dalam 'Buku Rekod Pengawas'. Selepas itu, jalan bersama-sama sambil mengutuk si dia. Hai, tak sah lah hidup kalau tak mengutuk :) lepas itu, jumpa seped, senyum-senyum. Say hai. Then, borak dan pandang si dia. Loceng berbunyi. Borak lagi tu. Padahal, Tonggek dah bising suruh beratur. Yelaa, yela, I will make a move.

Tonggek berucap, Sudin berucap. Dan ada lah lagi :) kemudian, sambil melilau-lilau pandang sana sini, nampak si Maliana, huh, si usap perut nih. Kemudian, kira lah. Berapa orang tak datang, berapa orang datang. Setelah memberitahu kepadanya. Pusing-pusing kepala lagi, ternampak kekasih hati :P haha. Sekejap je, malas usha lama-lama. Dia tak pandang aku, aku yang over. Haha.

Naik ke kelas, belajar 'Pendidikan Agama Islam'. Entah mengapa aku tiba-tiba rajin hari ini, kalau tak, jangan harap aku nak buat nota yang terpampang kat white board. Dengan latihan la, apa la. Rajin juga rupanya aku nih. Haha.

Kemudian, belajar subjek 'Bahasa Inggeris'. Wey, tak belajar doe. Duduk belakang, lepak sahaja, borak-borak dan mula lah perut aku lapar :( kerana gelak tidak berhenti-henti. Selepas itu, jumpa dengan Muaz kejap, cakap pasal novel. Dah lama tak baca :( selepas itu, aku selaku bendahari, kutip duit, dan mula lah doran punya mulut bising. "asyik-asyik muka dia nih minta duit","alaa, tak ada duit, esok yaa","kau nih keje minta duit saja, rehat la dulu". Haha. Dah memang tugas aku 'pau' korang. Nak buat macam mana weh. Haha.

Rehat, pergi ke perpustakaan, konon-konon nak tengok novel la. Duh, tak best doe novel-novel dia. Haiyark. Then, keluar mahu cari Sofina, tiba-tiba,"wey af..". Eh, Sofina! Huh, senang aku. Tak payah susah-susah cari dia. Hahaha. Kemudian, ikut dia naik ke kelas, turun ke kelas. Selepas itu, turuk ke dewan mencari Nada. Bila nak sampai aja, loceng dah dibunyikan. Huh!

Nampak seped, ikut seped, sampai-sampai je. "Hey seped, mana tooot?" Haha. Lalu seped bengang dan memarahi aku. Tak pasal-pasal free-free kene marah. Hey lesbo aku nih. R**** jap agi. Lepas itu, kaki terasa semacam. OMG. What's wrong with my leg? Sakit sangat~ mula la jalan macam tempang duh. Naik tangga pun lembap sial.

Subjek Math. Duhh, paling bosan =___=' tapi Alhamdulillah, cikgu tak ajar dan aku bebas untuk bergelak ketawa bersama Nada, Effa, Viny, Ryfa and Syaza :) haha. Lesbo aku si Sofina dah jadi baik da. Hadui :( gelak punya gelak punya gelak. Makin lapar, ya ALLAH, tabahkan lah hati aku. Huhu. Kemudian, pergi ke toilet dan lihat banyak luahan perasaan di toilet-toilet. Haha. Selepas itu, lalu di depan kelas 2 Musytari dan bob berkata " Puasa eyh afrina? " dengan kuat. OMG. malu lah aku. Haha. Berkata kembali "aku puasa pun korang kecoh, ngok tol".

Kemudian, subjek 'Bahasa Malaysia' oleh Maliana =___=' nasib baik dia tak mengajar dan lagi sekali kita orang bergelak ketawa. Sumpah weh, penat gilaa ketawa dan aku berasa sungguh lapar x( kemudian, bunyi loceng dan Maliana keluar, sayang dia! Hahaha.

Waktu KHB, aduh, mana dia Saadah nih. Mula la aku dan syamirah mencari-cari di mana kah dia Saadah ku. Haha. Selepas itu, pergi ke blok A, blok B, blok C, blok D. Tak jumpa-jumpa. Masuk lah balik ke Bilik ERT. Kemudian, Saadah masuk. Sambil berkata, sorry, saya pergi hantar budak pergi klinik. Sorry okay. Hahaha. Lepas tuh, aku mula berasa amat boring tahap melampau punya melampau. Mula lah pergi kat Saadah sambil si Syamirah berkata "cikgu, saya nak pergi carik ckgu sekejap, pas cikgu?" cikgu pun memberinya dan aku bergembira~ haha. Jalan-jalan. Rayau-rayau. Market jer. Haha.

Dah penat dan semakin lapar, balik lah balik, borak dengan Hidayah ;D dan loceng dibunyikan, pulang ke kelas kerana ada kelas tambahan menggantikan kokurikulum.

Selepas itu, cari buku teks, hadui, hilang. Mula la pusing ke belakang dan berkata kepada Viknes "ehh, ada kau nampak buku teks Math aku tak?" dia pun menggeleng dan mula cuak. Hai, buku teks Sejarah aku sudah hilang, jangan la buku teks Math buat hal pulak. Kemudian, aku nampak Ajwad pegang buku teks. Cakap dengan dia, buku teks sapa tuh? Dia tengok belakang dan nampak nama NURUL AF'RINA MAT RUSDI. ahh! aku punya. Pencuri betul kepeng nih.

Tiba-tiba..

"Hachummmm!". Ajwad bersin pulak, pastu selsema. Bersin dah la banyak kali, tala kat aku plak tuh, mentang-mentang aku duduk kat tepi dia, suka-suka dia aja nak bersin kat aku. Pastuh mula la aku ejek, "H1N1 !" haha. Kejam doe. Dan sepanjang itu la aku tutup hidung gara-gara si kepeng nih.

Pastu balik, mak aih, penad sanad bodo.

Balik, online and edit blog :)





0 comment(s):